1,500 Anggota Tentera Darat Bakal Naik Pangkat |
| Published: July 19, 2008, 1:25 am |
|
KUANTAN 18 Julai - Lebih 1,500 pegawai dan anggota Tentera Darat bakal menikmati kenaikan pangkat melalui eksais pemilihan yang akan diadakan untuk mereka dalam tempoh terdekat ini. Kenaikan pangkat tersebut meliputi perjawatan dalam Batalion Infantri Para, Batalion Infantri Mekanis, Batalion Infantri Istiadat dan Kompeni Bantuan Para Tentera Darat. Panglima Tentera Darat, Tan Sri Ismail Jamaluddin berkata, tarikh sebenar eksais tersebut masih belum diputuskan dan perbincangan mengenainya sedang dijalankan oleh peringkat tertinggi pasukan itu ketika ini."Peluang kenaikan pangkat ini ekoran keputusan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang meluluskan 99.3 peratus daripada permohonan perjawatan Tentera Darat dua bulan lalu," katanya.Beliau berkata demikian pada sidang akhbar sempena majlis Perbarisan Pemakaian Beret Dan Penyerahan Bendera Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) kepada Pasukan Malcon III Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNIFIL) yang akan menyertai misi [ Full article ] |
|
|
No Comments...