|
Title: Shifter Hardstyle Prodigy - Rakan Muda View count: 7539 Rating: 4.3 (10 ratings) Description: Rakanmuda (Shuffle Challenge) *taken from rakanmuda shuffle challenge flyers :) Apa itu 'shuffle'? 'Shuffle' adalah salah satu daripada tarian rancak yang menjadi ikutan remaja hari ini. Tarian menarik ini dilakukan dengan mengikut rentak lagu dan susunan muzik yang tersendiri dipercayai berasal daripada Melburne, Australia. Tarian 'shuffle' ini juga, merangkumi elemen gaya hidup Rakan Muda iaitu Rakan Kecergasan yang bertujuan untuk membina remaja sihat, cergas dan bertanggungjawab serta bebas daripada pengaruh dan perlakuan negatif dan berupaya menyumbangkan secara produktif kepada pembangunan negara. Dengan adanya pertandingan seperti ini dapat melahirkan remaja yang berdisiplin, bertanggungjawab, prihatin, mahir, dinamik, proaktif, cergas, berkepimpinan, berkemahiran, berdikari, berbudaya, patriotik, kesukarelaan dan daya juang yang tinggi. Objektif Pertandingan : 1. Membawa konsep tarian 'Shuffle' versi Remaja Malaysia yang lebih menarik dan menampilkan bakat dan keyakinan remaja yang dinamik 2. Gabungan gaya hidup Rakan Kecergasan iaitu semangat kesukanan dan kreativiti remaja dalam mempelbagaikan rentak dan minat menerusi tarian 'shuffle' 3. Program Rakan Kecergasan seperti ini mampu membina pembangunan minda, fizikal dan sahsiah remaja 4. Program ini terbuka kepada golongan muda tanpa mengira bangsa, jantina, ideologi, lokasi, taraf hidup dan sebagainya 5. Menyediakan pelbagai aktiviti dan pilihan yang terbuka bagi memupuk semangat kekitaan yang mempunyai ciri yang mencabar bagi memberi peluang kepada golongan muda yang terlibat Syarat-syarat am Pertandingan 1. Terbuka kepada semua warganegara Malaysia 2. Mestilah berumur bawah 25 tahun (Rakan Muda) 3. Satu (1) sahaja kategori dipertandingkan iaitu secara berkumpulan 4. Setiap kumpulan hendaklah terdiri daripada tiga (3) hingga lima (5) orang peserta sahaja 5. Peserta hendaklah membawa cd muzik sendiri dan masa yang diberikan ialah tiga (3) hingga lima (5) minit sahaja 6. Peserta digalakkan untuk membawa konsep Remaja Malaysia dan boleh menggabungkan muzik selingan (irama tradisional, lagu rakyat, lakonan dan sebagainya yang bersesuaian dengan tema iaitu 'Shuffle' versi Remaja Malaysia) 7. Penyertaan adalah terbuka dan PERCUMA (tiada bayaran dikenakan) Larangan dalam Pertandingan 8. Penggunaan muzik/lagu yang mengandungi bahasa yang kasar, melampau, lucah, tidak sopan dan unsur keganasan tidak dibenarkan 9. Pakaian peserta juga hendaklah bersesuaian dengan imej Rakan Muda dan tidak melambangkan unsur-unsur negatif (seks, lucah, ajaran songsang dan sebagainya) sehingga boleh menjejaskan sensitiviti keagamaan, bangsa dan sebagainya 10. Penggunaan 'prop' atau gimik tidak boleh keterlaluan sehingga menjejaskan konsentrasi persembahan dan melambangkan persepsi yang negatif Tags: , Author: iqalshifter01 |