|
Title: Sharifah Aini - Versatile? View count: 2405 Rating: 5.0 (3 ratings) Description: Sharifah Aini - Versatile? Bolehkah satu suara membawakan pelbagai irama lagu? Sesuaikah penyanyi yang begitu selesa membawakan lagu-lagu tradisional untuk tidak asing membawakan lagu-lagu moden kontemporari? Mampukah suara yang sedap membawakan lagu dondang sayang untuk membawakan lagu ghazal dengan sedap juga? Adakah penyanyi lagu disco juga penyanyi lagu rock? Adakah penyanyi lagu country juga penyanyi lagu reggae? Bisakah seorang penyanyi lagu2 barat untuk mendendangkan lagu2 timur tengah dan rentak hindustani dengan jaya? Dapatkah satu suara membawakan lagu irama Perancis dan Jepun dan juga Latin? Suara yang meyentuhkan bila membawakan lagu2 yang hiba itu jugakah yang menginsafkan bila membawakan lagu2 kerohanian? Dari bernada tinggi ke nada rendah dari irama rancak ke sentimental, apa lagi yang belum di cuba Datuk Sharifah Aini? Biduanita? Tunggu masa lagikah untuk dipanggil Tan Sri? Tidak kira apapun, ramai penyanyi baru datang dan sepi, banyak bakat tinggi yang dicungkil sebagai pelapis, bagi aku di takhta tertinggi masih lagi Sharifah Aini. Itu hanya pendapat aku seorang dan ini bukan seluruh ceritanya. Aku sebenarnya tidak berapa puas hati dengan video yang aku upload Sharifah Aini Versatile? ini. Tujuannya ialah untuk memaparkan DSA yang memang telah terbukti versatile dalam membawakan lagu/irama pelbagai genre. Aku sebagai orang yang tidak pandai dalam muzik, memang rasa tercabar jugalah hendak memilih lagu untuk video ini. Aku sendiri dapat rasakan banyak kelemahan2 atau kesilapan2 tetapi tak pasti apa. Kini aku bercadang untuk membuat satu video yang baru sebagai ganti. Maka aku buka peluang bagi sesiapa yang sudi memberikan cadangan lagu-lagu. Sebagai permulaan aku senaraikan lagu-lagu yang sedia ada ini agar memudahkan lagi sesiapa yang ingin memberi maklum balas. 1) Bila Muzik Bergema - bolehkah mewakili rock? Adakah DSA bawa lagu yang lebih rock? 2) Oh Di Mana - adakah lagu lain yang boleh mewakili disco? 3) Cahayaku Cahayamu - adakah inipun disco atau genre muzik yang berbeza?(jika beza, apa?) 4) Masih Ingat Masih Setia - adakah lagu lain untuk mewakili dangdut? 5) Penyakit Cinta - adakah sentuhan reggae di sini atau tidak? 6) Impian Tercapai - sebab irama waltznya begitu ketara. Perlukah diganti lain? 7) Terkenang - sesuaikah jika ia mewakili irama country? 8) Dondang Sayang - memang ada satu saja lagu dondang sayang nyanyian DSA. 9) Aku dan Dia - perlukah lagu lain untuk mewakili irama keroncong? 10) Hiburkanlah Hatiku - perlukah lagu lain untuk mewakili irama zapin? 11) Tiba Tiba Rindu - perlukah lagu lain untuk mewakili irama joget? 12) Di Pinggir Kayangan - apa lagu lain yang boleh diguna untuk mengemukakan ghazal? 13) Nour El Ain - sebab ia adalah dari lagu Timur Tengah, ada sebutan Arab tapi apa irama ini sebenarnya? 14) Ku Curah Kasih Dalam Lagu - adakah lagu DSA yang lebih berirama Hindustani dari lagu ini? 15) Malam Gelisah - sebab macam bunyi muzik Perancis tapi irama waltz juga kan? 16) Kau Tinggi Di Awan Biru - sepatutnya mewakili irama sentimental. 17) Selimut Putih - sepatutnya mewakili lagu2 nasyid. 18) Maafkanlah - sebab aku suka penamat lagu ini yang agak power. Adakah maklumbalas2 lain? Mulakanlah komen2 anda. Aku juga sedang bercadang untuk membuat video Sharifah Aini Anthem untuk lagu2 yang memang telah menerima cop DSA seperti Bunga Tanjung, Terbang Helang dan Tiada Maaf Bagimu. Sesiapa yang nak beri cadangan dan tindakbalas boleh lakukan di group Peminat Sharifah Aini. http://www.youtube.com/group/minatSharifahAini Tags: sharifah, aini, versatile, world, music, malaysia, diva, rock, disco, techno, dangdut, reggae, waltz, country, western, dondang, sayang, keroncong, zapin, joget, ghazal, timur, tengah, middle, east, hindustan, french, romance, romantik, love, ballads, balada, cinta, spiritual, kerohanian, power, anthem, soft, soothing, easy, listening, halwa, telinga, asli, modern, traditional, tradisional, malay, melayu, Author: eddy7788 |