|
Title: Pidato Melayu Nusantara3-Pidato Tuan Haji Zabir Suliman-MHZ Malay Herbs Zone Sdn.Bhd View count: 516 Rating: 5.0 (1 ratings) Description: Pemidato seterusnya adalah Tuan Haji Zabir dari MHZ Malay Herbs Zone Sdn.Bhd telah menjelaskan di dalam pidatonya bahawa di dalam sebuah perjuangan pasti ada rintangan dan cabaran mendatang. Akan tetapi sekiranya kita bersatu hati sehati, sejiwa, seia dan sekata dengan menghayati konsep SE. Beliau menjelaskan lagi bahawa SE dan SATU berbeza , SE tetap tunggal sampai bila-bila ibarat mata hitam dan mata putih tetap dipanggil sebagai sebiji mata. Akan tetapi SATU itu boleh berbilang-bilang dan boleh juga dibahagikan. Justeru itu SE kan lah hati kita dan berjuanglah untuk memartabatkan maruah Bangsa, Ugama dan Negara. Jangan berpuak-puak dan berpecah, berbalah, bercakaran sesama sendiri. Sesesungguh kita semua adalah bersaudara. Rasullulah pernah berpesan supaya jangan bermasam muka sesama saudara Se Islam lebih dari 3 hari. Akan tetapi sekiranya kita melihat dalam situasi masyarakat kita pada hari ini yang mempunyai fahaman dan ideologi mereka-mereka itu berbeza-beza, kita dapat saksikan dengan mata kepala kita sendiri bangaimana mereka bersengketa, mencerca, menghina, memperkatakan antara satu sama lain bukan lagi selama 3 hari bahkan sudah berlanjutan selama berpuluh-puluh tahun lamanya. Adakah ini yang dituntut oleh ugama kita? Tuan Haji Zabir juga menjelaskan sikap yang perlu ditanam untuk sebuah perjuangan samada perjuangan bangsa, ugama dan tanahair ibarat duduk sama rendah, berdiri sama tinggi, terlentang kita sama-sama minum air, terciarap pula sama-sama kita makan pasir, daging gajah sama kita lapah, hati kuman sama kita cicah. Bak kata pantun Melayu. Batang kelapa di potong-potong Sudah dipotong tidak disukat bulat air kerana pembetung bulat kata kerana muafakat Sebagai Umat Melayu yang telah ditahtakan dengan Ugama Islam, setiap bayi lelaki yang lahir akan diazankan sementara bayi perempuan pula diqamatkan sebagai tanda mempertabatkan anak itu sebagai berugama Islam. Ugama Islam telah mengangkat martabat warga di persana Negara dan dipentas antarabangsa bagi membina empayar kegemilangan bangsa. Justeru itu wajiblah kita sebagai umat Melayu bersatu tidak kira apa suku kaum dan ideologi politik. Ini adalah seruan sebenar yang hendak disampaikan t didalam pidato Tuan Haji Zabir . Bukan hamba dibumi sendiri Antara ketakutan dan keinsafan Tiap cabaran harus diterjah Kilas dugaan langkah di patah. Kita perlu insaf tentang kedudukan bangsa Melayu pada hari ini, kedudukan ekonomi kita masih tertinggal jauh dari bangsa-bangsa bukan Melayu, bilangan ahli perniagaan, pakar professional juga kita masih ketinggalan jauh. Bahkan kalau kita melihat masalah social seperti dadah , jenayah, pemuda-pemudi anak bangsa kita juga paling ramai yang terlibat dalam gejala social ini. Walaupun ini tanah kita, ini masyarakat kita dan ini Negara kita kenapa kita masih menjadi hamba di bumi sendiri? Ini satu persoalan? Seperti kata pantun Haji Zabir Semangat cekal jiwa berani Sekali gengam jadikan bara Perubahan sikap harus di uji Kelak sampai kepuncak jaya. Hari ini kita melihat apakah tahap pencapaian kejayaan kita sebagai bangsa Melayu yang boleh kita banggakan? Sesungguhnya perubahan sikap, semangat yang kental, jiwa yang berani untuk berubah boleh mencetuskan angan-angan yang bakal menghasilkan benih cita-cita bagi membuahkan azam untuk membulatkan matlamat yang tersemat erat. Wahai bangsaku! Kejayaan di pundak mu Eratkan genggaman , tumpukan haluan, keusahawanan ditangan mu Tuan Haji Zabir juga menjelaskan pidato mampu untuk memberikan semangat dan ransangan untuk berjaya. Memartabat kan pidato nusantara sebagai ilmu kebangkitan bangsa adalah satu perjuangan perlu diteruskan. Agar mampu membijaksanakan berfikir, memandu minda, mengatur budaya, mengangakat martabat bangsa Melayu di persada Negara di pentas antarabangsa untuk membina empayar kegemilangan bangsa Melayu yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Tags: denggi, cancer, kanser otak, tulang, hati, darah, fibroid, payu dara, limfoma, leukemia, radang paru-paru, buah pinggang kronik, masalah jantung, gout, prostat, strok, kelumpuhan, sirosis, mental, ubat, minda, mhz, malay, herbs, zone, haji, zabir, Author: MHZUnity |