|
Title: Petikan Filem Matahari (1958) View count: 4028 Rating: 0 (0 ratings) Description: Maria Menado Jins Shamsudin Ahmad Mahmud Aziz Jaafar Rahmah Rahmat Lagu Rasa Sayang Dalam filem ni digunakan sebagai lagu latar dan lagu utama dalam rentak kawad dan lagu penutup. Dengan Lirik : Rasa Sayang hei Rasa sayang sayang hei Hei Lihat nona jauh rasa sayang sayang hei Filem ini disebut sebagai filem tahun 1951 dalam laman sinema Malaysia dan filem kita tetapi berdasarkan pelakon2 yang menjayakannya dan rupa paras mereka, tahun terbitannya diyakini pada 1958. Filem berkenaan perjuangan menentang pemerintahan Jepun. Lagu ini hanya hiburan sempena bulan kemerdekaan Malaysia dan sebagai rekod untuk rujukan. Filem ini agak jarang ditayangkan di Malaysia berbanding filem Sarjan Hassan. Oleh kerana Lagu dalam filem ini kini menjadi isu kontroversi antara Malaysia dan Indonesia, saya tidak menerima komen berkenaan video ini untuk mengelak tuduh-menuduh, caci-maki, penghinaan atau perdebatan yang tidak berkesudahan antara kedua belah pihak. Untuk rujukan, selain filem ini, lagu Rasa Sayang juga terdapat dalam filem-filem berikut: 1. Filem Singapore (Hindi) 1959 2. Filem Rasa Sayang Eh 1959 3. Filem Antara Dua Darjat 1960 4. Filem Seniman Bujang Lapok 1961 5. Filem Nasib Labu Labi 1962 6. Filem Sayang Anakku Sayang 1976 7. Filem Iklan Tahun Melawat Malaysia. Tags: classical, merdeka, malaysia, malaya, filem, melayu, lama, rasa, sayang, singapura, indonesia, maria, menado, ahmad, mahmud, Author: karyaone |