|
Title: P Ramlee, Lena Abdullah & Momo Latif - Berdendang Ria View count: 13023 Rating: 4.8333335 (6 ratings) Description: Filem: Anjuran Nasib (1952) Siaran: TV9 8-Mac-2007 Lakonan: P Ramlee, Mariam & Saadiah. BERDENDANG RIA (Nyanyian P Ramlee, Momo Latif & Lena Abdullah) siapa yang merasa hatinya berduka dengarkan lagu samba lagu yang gembira siapa yang sedih hati marilah menyanyi lagunya istimewa irama samba jangan suka menung dengan hati duka nanti jadi bingung mari ketawa jangan sedih hati nan meracun diri marilah menyanyi laguku ini jika kamu ketawa itulah tandanya hatimu nan suka hidupmu bahagia pun tidak kecewa kerna lagu samba Thanks to Sdr TUNASHARAPAN (forum Muzik Nusantara) utk info berikut: Sdr. 5Band, Saudara boleh melihat info mengenai filem ANJURAN NASIB (1952) di laman web filem kita.com. Kalau tunas tak silap ada banyak lagu dalam filem ini, antara 7 atau 8 lagu kesemuanya. Pencipta lagu-lagu filem dalam cerita ini ialah Yusof B manakala penulis senikatanya adalah S.Sudarmaji. Ada 3 buah lagu nyanyian P.Ramlee dari filem Anjuran Nasib iaitu Asmara Murni, Gelora Jiwa dan Berdendang Ria. Lagu pertama yang 5Band naikkan ke YouTube tu tajuknya ialah BERDENDANG RIA, nyanyian P.Ramlee berduet dengan Lena Abdullah dan Momo Latif (versi filem). Lagu ini kemudiannya dirakamkan secara nyanyian solo ke piring hitam oleh Jasni. Lagu ke-2 yang 5Band naikkan ke YouTube itu tajuknya ialah Gelora Jiwa nyanyian P.Ramlee berduat dengan Lena. Ada satu lagi lagu duet P.Ramlee dengan Lena dari filem ini iaitu Asmara Murni, terdapat dalam scene dimana P.Ramlee menggesek biola di dalam biliknya selepas pulang dari kerja (sebagai anggota polis). Tags: pramlee, anjuran, nasib, filem, melayu, Author: 5band |