|
Title: Menjawab Tohmahan Ustaz Zamihan Al-Ghari (6/7) View count: 2259 Rating: 5.0 (14 ratings) Description: Ulama Salaf, mereka mensucikan Allah Subhanahu wa-Ta'ala dari diserupakan dengan segala makhlukNya yang berdasarkan firmanNya: لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ وَهُوَ السَّمِيْعُ الْبَصِيْرُ. "Tiada suatu yang semisal denganNya dan Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat". (QS. Asy-Syura, 42:11). Menjauhkan penyerupaan dengan cara ingin tahu, bertanya atau mempersoalkan "Bagaimana" zat dan sifat-sifat Allah. Kerana hanya Allah sahaja yang benar-benar Mengetahui akan sifat dan zatNya. Maka larangan dari mempersoalkan sifat Allah berdasarkan firmanNya: وَلاَ يُحِيْطُوْنَ بِهِ عِلْمًا. "Sedangkan ilmu mereka tidak dapat meliputi ilmuNya". (QS. Taha, 20:110). Manusia tidak mampu mengenal sifat-sifat dan zat Allah kecuali melalui wahyu, kerana Allah berada di atas langit yang ketujuh di atas 'ArasyNya. Hanya Allah Maha Mengetahui segala keghaiban: عَالِمُ الْغَيْبِ فَلاَ يُظْهِرُ عَلَى غَيْبِهِ اَحَدًا اِلاَّ مَنِ ارْتَضَى مِنْ رَسُوْلٍ. "Dia adalah Tuhan Yang Maha Mengetahui yang ghaib. Maka Dia tidak memperlihatkan kepada seseorang pun tentang yang ghaib itu. Kecuali kepada rasul yang diredhaiNya". (QS. Al-Jin, 72:26-27). "Dan pada sisi Allah sahaja kunci-kunci semua yang ghaib. Tidak ada yang mengetahuinya kecuali Dia sendiri". (QS. Al-An'am, 6:59). "Katakanlah! Tidak ada seseorang pun di langit dan di bumi yang mengetahui perkara yang ghaib, kecuali Allah". (QS. An-Naml, 27:65). Para Salaf as-Soleh radiallahu 'anhum, mereka sekalian beriman dengan segala apa yang telah dikhabarkan oleh Allah tentang diriNya di dalam kitabNya, dan beriman dengan segala apa yang telah dijelaskan oleh RasulNya tentangNya. Mereka beriman dengan keimanan yang selamat, iaitu tidak dilakukan pada sifat, zat dan nama-namaNya tahrif, ta'til, takyif dan tamsil. Lihat: شرح العقيدة الوسطية hlm. 21. Ibn Taimiyah Imam Ahmad berkata: "Tidak diharuskan mensifatkan Allah kecuali dengan apa yang telah disifatkanNya sendiri oleh diriNya atau dengan apa yang telah disifatkan oleh RasulNya dan tidak pula melampaui batasan al-Quran dan al-Hadis". Lihat: شرح العقيدة الوسطية hlm. 21. Ibn Taimiyah Imam Abu Hanifah membantah sekeras-kerasnya. Beliau telah mengithbatkan (menetapkan) dan menjelaskan tentang nama-nama dan sifat-sifat Allah Azza wa-Jalla: "BagiNya tangan, muka dan nafs sebagaimana yang diterangkan di dalam al-Quran, maka apa yang diterangkan oleh Allah Ta'ala di dalam al-Quran seperti menyebut muka, tangan dan nafs, maka bagiNya sifat tanpa ditanya bagaimana? Dan tidak boleh dikatakan bahawa tanganNya ialah kudrat (kuasa)Nya atau nikmatnya kerana perbuatan tersebut membatalkan sifat (Allah)". Lihat: مَنْهَج اهل السنة والجماعة فى توحيد الله تعالى Jld. 1. Hlm. 42. Khalid bin Abdul Latif bin Muhammad Nor. Persamaan pada nama (nama Allah) dengan nama makhlukNya tidaklah semestinya menunjukkan adanya persamaan di antara Allah dengan makhlukNya, sama ada pada zat atau pada sifat. Sebagai contoh, walaupun tangan manusia dan haiwan adalah sama pada istilah nama, namun ia tetap berlainan pada rupa, bentuk dan kebolehan tangan tersebut berfungsi. Begitulah juga dengan tangan Allah Azza wa-Jalla dan semua sifat-sifatNya yang amat sempurna, ia tidak akan sama atau menyerupai tangan dan sifat sekalian makhlukNya kerana telah ditegaskan melalui firmannya tentang ketidak-samaannya nama, zat dan sifat Allah : لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ "Tiada suatu pun yang serupa denganNya". (QS. Asy-Syura, 42:11). Imam Abu Hasan Al-Asy'ari: "Kami mengatakan tentang hal tersebut (sifat muka bagi Allah) yang berlawanan dengan apa yang dikatakannya oleh orang-orang bid'ah (Ahli bid'ah), telah jelas menunjukkan tentang hal tersebut sebagaimana firman Allah: 'Dan tetap kekal Wajah Tuhammu yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan' Ar-Rahman 55:27". "Kami menyatakannya tanpa bertanya bagaimana, dan telah jelas menunjukkan tentang firman Allah Azza wa-Jalla: 'Yang telah Ku ciptakan dengan kedua tanganKu'(QS. Saad 38:75)". (Al-Ibanah an-Usul ad-Dianah. Hlm. 106.) "Allah menjadikan Adam dengan Tangannya, maka disapu dadanya dengan tangan-Nya, maka dikeluarkan darinya zuriatnya". Lihat: Al-Ibanah an-Usul ad-Dianah. Hlm. 106. (HR. Ahmad, Abu Daud, Turmizi, Malik, Ibn Hibban dalam As-Sahih, Hakim. Hadis Sahih dengan beberapa syahidnya. Maka (melalui hadis ini) telah ditetapkan bagiNya dua tangan tanpa ditanya bagaimana.) Tags: syafie, sifat, 20, rasul, dahri, solat, zamihan, ceramah, salaf, salafi, manhaj, Author: nasiruddien |