|
Title: Menjawab Fitnah (7/8) Sirajuddin Abbas Terhadap Ibn Taimiyah View count: 154 Rating: 0 (0 ratings) Description: Imam Syafie seterusnya menjelaskan lagi: "Kita menetapkan sifat-sifat (Allah) sebagaimana yang didatangkan oleh al-Quran dan yang warid tentang-Nya dari sunnah, kami menafikan tasybih (penyerupaan) tentang-Nya kerana dinafikan oleh diri-Nya sendiri sebagaimana firman-Nya (Tiada sesuatu yang semisal dengan-Nya) ". (Lihat: Iktiqad Aimmah al-Arba'ah, Hlm. 42.) Imam Syafie telah menjelaskan juga tentang turun naiknya Allah: "Sesungguhnya Dia (Allah) turun setiap ma lam ke langit dunia (sebagaimana) menurut khabar dari Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam". (Lihat: Iktiqad Aimmah al-Arba'ah, Hlm. 47.) Imam Syafie dan Ibn. Taimiyah bersepakat tentang turun-naiknya Allah berlandaskan sabda Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam: "Tuhan kita turun ke langit dunia pada setiap malam apabila sampai ke satu pertiga dari akhir malam, maka la berfirman: Sesiapa yang berdoa akan Aku perkenankan, sesiapa yang meminta akan Aku tunaikan dan sesiapa yang meminta keampunan akan Aku ampunkan". (H/R Bukhari (1141), Muslim (758), Abu Daud (4733), Turmizi (4393), Ibn Majah (1366) dan Ahmad (1/346). (4). Abdullah bin al-Mubarak rahimahullah ketika ditanya tentang bagaimana untuk kita mengetahui di mana Allah? Beliau menyatakan: "Ketika ditanyakan kepada Abdullah bin al-Mubarak: Bagaimana kita boleh mengetahui di mana Tuhan kita? Beliau menjawab: Dengan mengetahui bahawa Dia di atas langit ketujuh di atas Arasy". (Lihat: As-Sunnah. Hlm. 5. Abdullah bin al-Imam Ahmad.) Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam mengakui penjelasan seorang hamba bahawa Allah itu di langit, tetapi K.H Sirajuddin menolak hakikat hadis: "Berkata Muawiyah bin Hakam as-Sulami: Aku memiliki seorang hamba wanita yang mengembalakan kambing di sekitar pergunungan Uhud dan Juwainiyah. Pada suatu hari aku melihat seekor serigala menerkam dan membawa lari seekor kambing gembalaannya. Sedang aku termasuk seorang anak Adam kebanyakan. Maka aku mengeluh sebagaimana mereka. Kerananya wanita itu aku pukul dan aku marahi. Kemudian aku menghadap Rasulullah, maka baginda mempersalahkan aku., Aku berkata: Wahai Rasulullah! Adakah aku harus memerdekakannya" Jawab Rasullullah: Bawalah wanita itu ke sini. Maka Rasulullah bertanya kepada wanita itu. Di mana Allah" Dijawabnya: Di langit. Rasullullah bertanya lagi: Siapa aku" Dijawabnya: Engkau Rasullullah. Maka baginda bersabda: Merdekakanlah wanita ini kerana dia adalah seorang mukminah". (H/R Muslim dan Abi Daud.) Dalam satu riwayat mutaffaq 'alihi, bahawa Allah itu "ad-Dahr" atau "masa". Namun K.H. Sirajuddin Abbas menafikannya. Sabda Rasulullah ini: "Janganlah kamu maki ad-dahr (masa), kerana sesungguhnya Allah itu adalah Masa (H/R Bukhari dan Muslim.) Menjawab Fitnah K.H. Sirajuddin Abbas Terhadap Ibn Taimiyah Dalam Bukunya "Iktiqad Ahli Sunnah Wal-Jamaah" Tags: sirajuddin, abbas, wahhabi, ahli, sunnah, wal, jamaah, Author: nasiruddien |