|
Title: Madah Muqaddimah - Akhil Hayy View count: 13124 Rating: 5.0 (11 ratings) Description: Tajuk : Madah Muqaddimah Penyampai : Akhil Hayy Album : Di Bawah Satu Cahaya ------------------------------------------ Dunia ini hanyalah sebuah persinggahan sementara sahaja ibarat kapal yang berlabuh buat seketika cuma Sesungguhnya tiada yang kekal melainkan Nya Tuhan yang Satu, Pencipta Agung seluruh buana Bangkitlah wahai manusia usahlah kau lalai dengan nikmat dunia yang semakin hari semakin merbahaya urusan dunia yang pastinya tiada kesudahannya begitu juga sandiwara dunia yang mengaburi jiwa remaja kita sehinggakan ada yang tewas, ditipu dan diperdaya Ayuh, bangkitlah wahai manusia Dunia berputar setiap masa dunia yang sememangnya sudah lanjut usia kini hanya menunggu saat dan ketika untuk berhenti dan kembali kepada Pencipta Agung Yang Maha Esa Oleh itu, persiapkanlah diri kita dengan ilmu dan amal kebajikan yang bakal menjadi bekalan dan jambatan untuk kita di Hari Perhitungan - Lisa Wan Tags: madah, muqaddimah, ustaz, akhil, hayy, akil, lisawan, Author: LisaWan |