|
Title: Inul hampir pengsan View count: 7654 Rating: 5.0 (4 ratings) Description: Terkejut konsert malam ini dibatalkan pada saat akhir KUALA LUMPUR: Kelewatan penganjur memaklumkan pembatalan Konsert Inul Live In JB yang dijadualkan malam ini menyebabkan penyanyi, Inul Daratista hampir pitam kerana terlalu terkejut apabila menerima berita itu. Inul yang bergegas dari Johor Bahru ke ibu kota hanya dimaklumkan mengenai pembatalan konsert pada sidang media yang diadakan di sebuah hotel di sini, petang semalam. Beliau yang kecewa mendengar berita itu lantas menitiskan air mata, seterusnya meminta penganjur, IMS Prima Sdn Bhd menyatakan alasan mengenai pembatalan konsert berkenaan. ?Saya ingin tahu alasan yang jelas mengapa dibatalkan kerana hanya dimaklumkan sebaik sampai di sini (Kuala Lumpur). Saya cuma mahukan penjelasan kerana laporan akhbar yang diterima semuanya baik saja. Saya mahu tahu siapa yang bertanggungjawab dalam hal ini,? kata Inul dalam nada sebak. Lebih menyedihkan penyanyi yang terkenal dengan goyang gerudi itu ialah berita berkenaan diterima pada hari ulang tahun kelahiran suaminya, Adam Suseno. ?Saya tidak mahu kecewakan masyarakat di sini yang sudah pun membeli tiket. Saya ke sini untuk menghiburkan mereka yang sudah rindu dengan persembahan saya. Sebelum ini, konsert saya di sini diterima tanpa sebarang masalah, malah peminat juga menerima kedatangan saya dengan baik. ?Saya tidak tahu apa salah saya hingga tidak dibenarkan membuat persembahan,? katanya yang kelihatan keliru dan memohon maaf serta meminta diri untuk beredar ke bilik penginapannya dengan alasan mahu berehat. Ketika itu, beliau yang tidak bermaya hampir pitam dan terpaksa dipapah ke luar dewan. Bagaimanapun, konsert yang dijadualkan berlangsung di Stadium Tan Sri Hassan Yunus di Larkin, Johor Bahru, dipindahkan lokasi ke Stadium Putra, Bukit Jalil, di sini pada 27 Julai ini. Pengarah Urusan IMS Prima Sdn Bhd, Nasir Abu Bakar, berkata syarikat sudah memohon permit di Johor Bahru sejak 25 Jun lalu, tetapi tidak menerima maklum balas. ?Pada 10 Julai lalu kami dimaklumkan permohonan ditolak tanpa sebarang alasan. Kami membuat rayuan pada hari sama tetapi Datuk Bandar Johor Bahru tetap dengan keputusan menolak permohonan itu dan dimaklumkan secara lisan pada Rabu lalu,? katanya. Tags: terkejut, konsert, malam, inul, dibatalkan, malaysia, Author: puterapanas |