|
Title: IBADAH KORBAN ITU WAJIB (4/10) - Jenis Haiwan dan Cara Penyembelihan View count: 280 Rating: 5.0 (1 ratings) Description: Telah dijelaskan dalam kibab Subulus Salam tentang maksud hadis di atas ini bahawa: Hadis ini menunjukkan bahawasanya seseorang dianggap telah meninggalkan suatu kewajipan (korban) yang seolah-olah (baginya) tidak ada manfaatnya, walaupun dia bertaqarrub kepada Allah (solat tetapi sayangnya) dia meninggalkan kewajipan itu (korban). (Lihat: Subulus Salam. 4/169.) أَنَّهُ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ضَحَّى عَمَّنْ لَمْ يُضَحِّ مِنْ أُمَّتِهِ بِكَبْشٍ. Bahawasanya Nabi sallallahu alaihi wa-sallam telah berkorban untuk orang yang belum berkorban dari umatnya dengan seekor kambing kibas. (H/R Al-Barra bin Azib.) عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ : كُنَّا مَعَ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِى سَفَرٍ ، فَحَضَرَ اْلأَضْحَى ، فَاشْتَرَكْنَا فِى الْبَقَرَةِ سَبْعَةٌ ، وَفِى الْبَعِيْرِ عَشَرَةٌ. Dari Ibnu Abbas radiallahu anhu berkata: Kami bersama Rasulullah sallallahu alaihi wa-sallam di salah satu perjalanan (safar), kemudian tiba Hari Raya Korban maka kami berkongsi tujuh orang pada seekor lembu dan sepuluh orang pada seekor unta. (H/R Tirmizi 1213. Dan disahihkan oleh Al-Albani.) عَنْ جَابِرٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ : نَحَرْنَا مَعَ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِالْحُدَيْبِيَةِ الْبُدْنَةَ عَنْ سَبْعَةٍ وَالْبَقَرَةَ عَنْ سَبْعَةٍ. Dari Jabir radiallahu anhu berkata: Kami telah menyembelih korban bersama Rasulullah sallallahu alaihi wa-sallam di Hudaibiyah iaitu unta untuk tujuh orang dan lembu untuk tujuh orang. (H/R Tirmizi.) Imam Malik rahimahullah berkata: Saya tidak suka terhadap seseorang yang mampu untuk menyembelih binatang (korban) lalu dia meninggalkannya (tidak melakukannya). (Lihat: الموطأ 2/38. Imam Malik. Syarah al-Muatha: Tanwir al- Hawalik.) Sebahagian ulama berpendapat bahawa hukum berkorban adalah sunnah, bukan wajib. Inilah antara pendapat Imam Syafie rahimahullah. Namun setiap kata-kata dan pendapat boleh diterima dan ditolak kecuali kata-kata Rasulullah sallallahu alaihi wa-sallam. MEMBACA BISMILLAH Selain menggunakan pisau yang tajam semasa menyembelih, maka disyariatkan agar mencontohi cara atau sifat penyembelihan Rasulullah sallallahu alaihi wa-sallam iaitu membaca Bismillahi Allahu Akbar kerana menurut riwayat yang sahih baginda membacanya ketika menyembelih binatang korban. Antara hadis-hadis yang menjelaskan demikian ialah: مَنْ كَانَ ذَبَحَ قَبْلَ أَنْ نُصَلِّي ، فَلْيَذْبَحْ مَكَانَهُ أُخْرَى ، وَمَنْ لَمْ يَكُنْ ذَبَحَ حَتَّى صَلَيْنَا فَلْيَذْبَحْ بِاِسْمِ اللهِ. Sesiapa yang menyembelih sebelum solat maka hendaklah dia menyembelih sekali lagi sebagai gantinya. Dan barangsiapa yang belum memyembelih hingga kami selesai solat, maka hendaklah dia menyembelih dengan menyebut nama Allah (بسم الله). (H/R Bukhari no 5562. Muslim no 1960. ) عَنْ جَابِرٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ : صَلَيْتُ مَعَ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عِيْدَ اْلأَضْحَى ، فَلَمَّا انْصَرَفَ أُتِيَ بِكَبْشٍ فَذَبَحَهُ ، فَقَالَ : بِسْمِ اللهِ وَاللهُ أَكْبَرُ. Dari Jabir radiallahu anhu berkata: Aku bersolat Idil Adha bersama Rasulullah sallallahu alaihi wa-sallam, setelah selesai solat, didatangkan kepadanya seekor kibas, maka baginda menyembelihnya dan membaca: Bismillahi Wallaahu Akbar. (H/R Ahmad, Abu Daud dan Tirmizi.) Tags: ibadat, korban, ustaz, rasul, Author: nasiruddien |