|
Title: IBADAH KORBAN ITU WAJIB (2/10) - Berkorban tanda Kita Menyintai ALLAH View count: 449 Rating: 5.0 (2 ratings) Description: HUKUM IBADAH KORBAN Para ulama telah berselisih pendapat berkenaan hukum ibadah korban (penyembelihan binatang korban). Namun pendapat yang lebih kuat (rajih) hukumnya wajib kepada setiap mukmin yang mampu untuk berkorban (Lihat: احكام العيدين hlm. 26. Ali Hasan Ali Abdulhamid.) di setiap kali menjelangnya Idil Adha (Hari Raya Korban). Berkorban hanya sah dilakukan setelah selesai menunaikan solat Hari Raya Idil Adha dan pada hari-hari Tasyrik iaitu 11, 12 dan 13 Zulhijjah. Firman Allah Azza wa-Jalla: لِيَشْهَدُوْا مَنَافِعَ لَهُمْ وَيَذْكُرُوْا اسْمَ اللهِ فِى أَيَّامٍ مَّعْلُوْمَاتٍ عَلَى مَارَزَقَهُمْ مِنْ بَهِيْمَةِ اْلأَنْعَامِ فَكُلُوْا مِنْهَا وَأَطْعِمُوْا الْبَآئِسَ الْفَقِيْرَ ثُمَّ لْيَقْضُوْا تَفَثَهُمْ وَلْيُوْفُوْا نُذُوْرَهُمْ وَلْيَطَّوَّفُوْا بِاْلْبَيْتِ الْعَتِيْقِ Supaya mereka menyaksikan berbagai manfaat bagi mereka dan supaya mereka menyebut nama Allah pada hari-hari yang telah ditentukan (hari raya haji dan hari tasyriq) atas rezeki yang Allah telah berikan kepada mereka berupa binatang ternak. Maka makanlah sebahagian daripadanya dan sebahagiannya lagi berikan untuk dimakan orang-orang yang sengsara lagi miskin. Kemudian hendaklah mereka menghilangkan kotoran (mencukur rambut, memotong kuku) yang ada pada badan mereka dan hendaklah mereka menyempurnakan nazar-nazar mereka dan hendaklah mereka melakukan tawaf di sekililing rumah yang tua ini (Baitullah). (Al-Haj. 28-29.) Rasulullah sallallahu alaihi wa-sallam bersabda: لاَ يَذْبَحَنَّ أَحَدُكُمْ حَتَّى يُصَلِّيَ. Janganlah sekali-kali salah seorang antara kamu menyembelih korban, sehinggalah selesai solat (Idil Adha). (H/R Tirmizi.) Allah Azza wa-Jalla telah memerintahkan agar orang-orang beriman berkorban setelah menjelangnya Idil Adha (Hari Raya Korban) yang telah disyariatkan sejak zaman Nabi Ibrahim alaihis salam. Umat Islam diperintahkan agar mengikut millah (agama) Nabi Ibrahim sebagaimana seruan Allah Taala di dalam firmanNya: ثُمَّ أَوْحَيْنَآ إِلَيْكَ أَنِ اتَّبِعْ مِلَّةَ إِبْرَاهِيْمَ حَنِيْفًا وَمَاكَانَ مِنَ الْمُشْرِكِيْنَ. Kemudian Kami wahyukan kepadamu hendaklah mengikut millah (syariat) Ibrahim yang berdiri teguh atas jalan yang benar dan bukanlah dari golongan orang-orang yang menyekutukan Allah. (An-Nahl, 123.) Perintah Allah Taala menunjukkan akan wajibnya berkorban, sehingga Nabi Ibrahim alaihis salam sanggup menyembelih anak kesayangannya kerana mentaati dan menunaikan perintah Allah Azza wa-Jalla. Allah berfirman: فَلَمَّا بَلَغَ مَعَهُ السَّعْيَ قَالَ يَا بُنَيَّ إِنِّيْ أَرَى فِى الْمَنَامِ أَنِّيْ أَذْبَحُكَ فَانْظُرْ مَاذَا تَرَى قَالَ يَا أَبَتِ افْعَلْ مَا تُؤْمَرُ سَتَجِدُنِيْ إِنْ شَآءَ اللهُ مِنَ الصَّابِرِيْنَ. Maka tatkala anak itu (Ismail) sampai pada umur sanggup berusaha bersama-sama Ibrahim, Ibrahim berkata: Hai anakku, sesungguhnya aku melihat dalam mimpiku bahawa aku menyembelihmu maka fikirkanlah apa pendapatmu? Ia menjawab: Hai bapaku, kerjakanlah apa yang diperintahkan kepadamu, insya Allah kamu akan mendapati aku termasuk orang-orang yang benar!. (As-Saffat, 37:102.) Jika Nabi Ibrahim alaihis salam sanggup mengorbankan satu-satunya anak yang tersayang, Nabi Ismail pula sanggup mengorbankan nyawanya yang tidak ternilai kerana taat menunaikan perintah Allah dan cintanya kepadaNya maka dimana bukti cinta seseorang yang mengaku beriman terhadap Rabbnya? Mengapa tidak mengorbankan sedikit dari hartanya iaitu dengan menyembelih seekor binatang korban di Idil Adha? Tags: ibadat, korban, rasul, dahri, manhaj, salaf, tarekat, Author: nasiruddien |