|
Title: IBADAH KORBAN ITU WAJIB (10/10) - Paling Kurang Satu Ekor Kambing View count: 373 Rating: 1.0 (1 ratings) Description: Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah UNTUK SEMUA AHLI KELUARGA Seekor binatang korban, sama ada kambing atau lembu, boleh dikongsi pahalanya untuk dirinya, untuk orang-orang yang dalam tanggungannya dan untuk kesemua ahli keluarganya walaupun hanya berkorban dengan seekor kambing. Kerana seorang ketua keluarga mewakili seluruh keluarganya apabila dia berkorban. Ini berdasarkan hadis: قَالَ عَطَاءُ بْنُ يَسَّارٍ : سَأَلْتُ أَبَا أَيُّوْبَ اْلأَنْصَارِي كَيْفَ كَانَتِ الضَّحَايَا عَلَى عَهْدِ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ؟ اِنْ كَانَ الرَّجُلُ يُضَحِّي بِاالشَّاةِ عَنْهُ وَعَنْ أَهْلِ بَيْتِهِ فَيَاْكُلُوْنَ وَيُطْعِمُوْنِ. Berkata Ata bin Yasar: Aku bertanya kepada Abu Ayyub al-Ansari bagaimana sifat sembelihan dimasa Rasulullah sallallahu alaihi wa-sallam? Beliau menjawab: Jika seseorang berkorban seekor kambing, maka untuk dia dan semua keluarganya. Kemudian mereka makan dan memberi makan dari korban tersebut. (H/R Tirmizi, Ibnu Majah, Malik dan Baihaqi dengan sanadnya hasan.) Namun tidak ada larangan jika setiap individu dalam sebuah keluarga berkorban seekor kambing setiap seorang. Wallahu alam, walhamdulillahi, was-salatu was-salamu ala Rasulillah. MENJUAL DAGING KORBAN Tidak dibolehkan menjual daging dan kulit haiwan korban sebagaimana sabda Rasulullah sallallahu alaihi wa-sallam: وَلاَ تَبِيْعُوْا لُحُوْمَ الْهَدْيِ وَاْلأَضَاحِيِّ ، فَكُلُوْا وَاسْتَمْتِعُوْا بِجُلُوْدِهَا ، وَإِنْ أُطْعِمْتُمْ مِنْ لُحُوْمِهَا شَيْئًا فُكُلُوْهُ إِنْ شِئْتُمْ. Janganlah kamu menjual daging korban (haji) dan daging korban (Idil Adha) Makanlah, sedekanlah dan manffatkanlah kulitnya, tetapi janganlah kamu menjual, jika kamu diberi sebahagian dari daging korban oleh orang lain, maka makanlah jika kalian mahu. (H/R Ahmad 4/15.) عَنْ أَبِيْ هُرَيْرَةَ قَالَ : قَال رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ بَاعَ جِلْدَ أُضحِيَّتِهِ فَلاَ أُضْحِيَةَ لَهُ. Dari Abu Hurairah berkata: Telah bersabda Rasulullah sallallahu alaihi wa-sallam: Barangsiapa yang menjual kulit haiwan korbannya, maka tidak ada korban baginya. (Hadis Hasan riwayat Hakim 2/390, dan Baihaqi 9/294.) Begitu juga menurut sebahagian ulama, tidak boleh memberikan daging korban kepada tukan sembelih yang telah diberi upah. Sama ada berupa hadiah atau sedekah. Tags: ibadat, korban, manhaj, salaf, ustaz, rasul, dahri, qidah, ahli, sunnah, wal, jamaah, azhar, idrus, asri, akhil, hayy, ismail, kamus, shamsuri, Author: nasiruddien |