|
Title: Hukum Solat di Masjid Nabawi di Madinah 2/2 View count: 766 Rating: 5.0 (1 ratings) Description: Dan antara fadhilat-fadhilat masjid Nabawi ini ialah ia dibina dengan ketakwaan kepada Allah, demi kerana diri baginda dan memberi ganjaran yang besar kepada orang-orang beriman yang bersolat di dalamnya sehinggalah ke Hari Kiamat. Fadhilat ini di kuatkan lagi oleh baginda dengan sabdanya: لاَ تَشُدُّ الرِّحَالُ اِلاَّ اِلَى ثَلاَثِ مَسَاجِد ، اَلْمَسْجِدِ الْحَرَامِ وَالْمَسْجِدِ اْلاَقْصَى وَمَسْجِدِيْ هَذَا. "Tidak digalakkan bersangatan untuk berpergian (untuk memperolehi barakah) kecuali kepada tiga masjid: Masjid al-Haram (di Mekah), Masjid al-Aqsa dan masjidku ini di Madinah)." (Hadis Mutafaq alaihi dari Abi Hurairah.) (Lihat: احكام الجنائز وبدعها Hlm. 224-225. Nasruddin al-Albani.) اِنَّمَا يُسَافِرُ اِلَى ثَلاَثِ مَسَاجِدَ : مَسْجِدِ الْكَعْبَةِ وَمَسْجِدِيْ وَمَسْجِدِ اِيْلِيَاءَ. "Hanya diperbolehkan untuk safar (kesuatu tempat yang tujuannya untuk mencari barkah dan keredhaan Allah) hanya pada tiga masjid: Masjid Kaabah, Masjidku dan Masjid Eliya." (H/R Muslim, 4/126.) Berkata al-Hafiz Muhammad bin Abdul Hadi rahimahullah: Adapun mula dimasukkan bilik (rumah) Rasulullah sallallahu alaihi wa-sallam ke dalam masjid ialah pada pemerintahan al-Walid bin Abdul Malik, iaitu selepas kewafatan semua sahabat yang berada di Madinah. Yang terakhir wafat dari kalangan sahabat ialah Jabir bin Abdullah di masa pemerintahan Abdul Malik pada tahun 87H dan Walid dilantik sebagai Khalifah pada tahun 86H dan beliau wafat pada tahun96H. Diketika itulah dibina semula masjid dan dimasukkan bilik (rumah) Nabi ke dalam masjid. . (Lihat: الصارم المنكي hlm. 136-137.) Berkata Syeikh Nasruddin al-Albani rahimahullah: Tidak sewajarnya bagi setiap Muslim setelah mengetahui hakikat (tidak boleh bersolat di masjid yang ada kubur atau di masjid yang dibina di atas kubur), lalu ia berhujah dengan apa yang berlaku setelah berlalunya zaman sahabat, kerana cara ini bertentangan dengan hadis yang sahih dan dengan apa yang telah difahami oleh para sahabat serta para pembesar sahabat. Ia bertentangan juga dengan apa yang telah dilakukan oleh Umar dan Uthman semasa meluaskan masjid Nabawi, tetapi mereka tidak memasukkan kubur ke dalam masjid. Oleh itu kami menyalahkan apa yang telah dilakukan oleh al-Walid bin Abdul Malik (semoga Allah mengampuninya) walaupun masjid di ketika itu sangat perlu diluaskan, tetapi mengapa ia tidak meluaskan masjid ke arah yang lain tanpa memasukkan bilik (rumah/kubur) yang mulia Nabi ke dalam masjid. (Lihat: تحذير الساجد hlm. 93. ) Tags: rasul, dahri, kubur, ziarah, hari, raya, makam, wali, habib, Author: nasiruddien |