|
Title: Hairi Juara Anak Wayang Musim Pertama View count: 1062 Rating: 3.6666667 (3 ratings) Description: Hairi di umum Juara Anak Wayang Musim Pertama anak jati Kedah, Mohd Hairi Safwan Aznan, 21, atau Hairi berjaya menjadi juara pertama Anak Wayang. Hairi menewaskan saingan terdekatnya, Hafiz atau nama sebenarnya, Hafiz Halim, 21 yang berasal dari Selangor dalam pertandingan akhir di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). Ia baru berakhir tengah malam tadi. Hairi berjaya membawa pulang hadiah berupa sebuah kereta Honda Jazz bernilai RM109,800, peluang berlakon 60 episod drama di Astro, 2 tiket penerbangan ke Los Angeles, sebuah kamera Canon Model FS21, rawatan kecantikan Aster Spring selama setahun, wang tunai RM10,000 serta trofi sumbangan Astro. Manakala Hafiz pula memenangi TV LCS 42 inci, wang tunai RM5,000, sebuah kamera Canon model DC420 dan trofi sumbangan Astro. Pertarungan hebat antara 2H ini dibantu oleh pelakon jelita, Zarina AF2 menerusi segmen rakaman klip drama yang telah menjalani rakaman di Port Dickson. Mereka turut mendapat sokongan pelakon Aaron Aziz dan Fouziah Gous bagi sesi layar hijau manakala segmen lakonan spontan monolog pula dibantu penyampai Riuh Pagi ERA, Hj Aznil Hj Nawawi dan Din Beramboi Sebelum mengumumkan keputusan, Ella yang juga duta Canon mendendangkan lagu Puisi Hamba dan Rama-Rama, Ia diteruskan persembahan Farhan dan Musly Ramlee menerusi lagu Malam Pesta Mudi, Kisah Rumahtangga dan Malam Ku Bermimpi Penutup malam pertandingan dibuat Stacy menerusi lagu Micheal Jackson. sipnosis kredit murai.com.my Tags: mohd, hairi, safwan, aznan, juara, anak, wayang, musim, pertama, stacy, fazura, fauziah, gaos, Author: selebrititv |