|
Title: DEB: DASAR EKONOMI BAPAK KO View count: 16958 Rating: 4.9130435 (23 ratings) Description: UMNO adalah PARTI RACIST. Untuk terus berkuasa mereka memainkan ISU PERKAUMAN. Jangan lupa UMNO melalui Akhbar Utusan Malaysia memainkan isu perkauman dengan mengkritik Parti Gerakan & Koh Tsu Koon di Pulau Pinang sebelum PRU12 mengatakan orang Melayu ditindas. Hakikatnya, DEB yang diperkenalkan pada tahun 1971 telah tamat tempoh perlaksanaannya pada 1990 dan digantikan dengan Dasar Pembangunan Nasional (DPN) (1991-2000) serta Dasar Pembangunan Wawasan (DPW) (2001-2010). Selama 50 tahun merdeka, apakah yang dapat dibanggakan oleh orang Melayu? Di mana ukuran UMNO berjuang untuk orang Melayu? Selepas dilaksanakan hampir 40 tahun, DEB ternyata sudah ketinggalan zaman. Ia disalahgunakan oleh segelintir pemimpin Umno-Bn serta kroni-kroni mereka untuk merompak kekayaan negara bagi mengkayakan diri sendiri atas nama seluruh rakyat Melayu. Ia telah mengakibatkan amalan diskriminasi kaum, bertentangan dengan semangat memberi keadilan dan kesaksamaan kepada semua rakyat Malaysia, terutama sekali mereka dari golongan miskin, terpinggir dan terbiar dari semua kaum. Siapakah yang...??? ...merobohkan surau-surau? ...merobohkan setinggan-setinggan? ...mengalibabakan projek kerajaan? ...membazirkan wang rakyat? ...mengantikan B.I dlm Sains&Matematik? ...menjatuhkan martabat Bahasa Melayu? ...menghapuskan bantuan sekolah agama rakyat? ...menafikan hak ekonomi geran perkapita di Kelantan & Terangganu? ...dan banyak lagi??? Justeru, UMNO BUKAN PEJUANG MELAYU TULEN. Kejayaan terbesar yang dicapai oleh DEB selepas hampir 40 tahun ditubuhkan ialah mengkayakan pimpinan Umno dan kroni, manakala matlamat asal DEB iaitu 30 peratus penguasaan ekonomi negara oleh orang Melayu tidak tercapai. Yang menjadikan DEB 'istimewa' adalah kerana DEB sering diperalatkan oleh pimpinan Umno untuk meraih sokongan orang Melayu. Ianya hanya digunakan apabila Umno merasakan mereka kehilangan sokongan orang Melayu, dan ketika pemimpin serta kroni mereka menagih tender-tender atau kontrak-kontrak kerajaan. Pak Lah tak akan UNDUR kerana TAKUT TINDAKAN AKAN DIAMBIL berkaitan ECM LIBRA, SCOMI & OIL FOR FOOD sehinggalah ADA JAMINAN TIADA TINDAKAN DIAMBIL selepas dia BERUNDUR. Tags: deb, dasar, ekonomi, baru, umno, bn, pas, dap, keadilan, anwar, ibrahim, protes, demontrasi, perhimpunan, aman, haram, racist, nep, isu, Author: Scanwin |